IZARA Design
( Scarf & Shawl )
1. 1. Perancangan Perniagaan
IZARA Design memulakan perniagaan dengan mendaftar dibawah SSM.Butik IZARA Design merupakan sebuah Butik Eksklusif Scarf & Shawl. IZARA Design telah memulakan perniagaan pada 7 Februari 2011.Kebanyakkan stok kain scarf dan shawl kami diimport dari bandung indonesia dan kami mempunyai pemborong tetap yang mempunyai fabrik kain yang berkualiti. Perniagaan ini dilakukan dari rumah dan juga secara online.
2. 2, Matlamat Utama Perniagaan
· - IZARA Design berharap mendapat tempat dan menambat hati para pelanggan terutamanya wanita bertudung masa kini.
· - Perniagaan ini menyasarkan jumlah pendapatan kasar minimum RM3000 sebulan dan menjual pelbagai kategori Scarf & Shawl.
· - Dalam perancangan setiap tahun,perniagaan ini akan menambah bilangan stok Scarf & Shawl supaya jumlah pendapatan meningkat.
· -Kami meletakkan sasaran menjadi antara pengedar Scarf & Shawl yang dikenali ramai dan mendapat tempat serta menambat hati para pelanggan terutamanya wanita bertudung masa kini.
· - Butik kami menjaminkan Kuantiti fabrik,rekaan dan jahitan tudung serta manik dan sulam akan sentiasa terjamin.
· - Menjadikan IZARA DESIGN sebagai satu-satunya pembekal dan pusat tudung eksklusif yang terbaik dengan corak rekaan yang sentiasa moden dan terkini.
· -Memberi inspirasi kepada wanita masa kini khususnya beragama islam yang mementingkan penampilan anggun dan bergaya.
· -Selain itu IZARA DESIGN berharap menjadi pelopor kepada dunia fesyen bertudung masa kini dan akan sentiasa menyediakan pelbagai koleksi terbaru BUTIK IZARA DESIGN yang lebih eksklusif.
3.
3. Produk dan perkhidmatan
Produk yang kami niagakan adalah seperti Scarf dan shawl yang mementingkan gaya anggun muslimah masa kini dan akan bertambah dari masa ke masa.:
· Shawl bersulam
· Tudung sarung untuk kanak-kanak pelbagai peringkat umur.
· Inner neck
· Inner shawl.
Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan yang terbaik dari kami untuk para pelanggan
· Perkhidmatan tentang cara pemakaian scarf dan shawl
- Menyediakan video cara pemakaian scarf dan shawl di blog izara design.
· Tempahan / Pesanan secara borong
- Bagi yang inginkan tudung yang tampak lebik eksklusif dan masterpiece, kami menerima tempahan dari pelanggan untuk tambahan jahitan sulaman atau manik
4. 4. Sasaran Pelanggan (pasaran). Sasaran perniagan kami adalah seperti:
- Remaja IPTS dan IPTA
- Wanita berkerjaya
5. 5. KEEWANGAN PERNIAGAAN
Wang Masuk Pendapatan
|
Wang Keluar Pembelanjaan
|
Keuntungan
| |
January
|
RM 4000.00
|
RM 1840.00
| |
February
|
RM 1500.00
| ||
March
|
RM 500.00
| ||
April
|
RM 4200.00
|
RM 900.00
|
RM 3300.00
|
May
|
RM 1400.00
|
RM 1200.00
|
RM 200.00
|
June
|
RM 2100.00
|
RM 600.00
|
RM 1500.00
|
July
|
RM 1700.00
|
RM 650.00
|
RM 1050.00
|
August
|
RM 1900.00
|
RM 500.00
|
RM 1400.00
|
September
|
RM 1950.00
|
RM 450.00
|
RM 1500.00
|
October
|
RM 2300.00
|
RM 800.00
|
RM 1500.00
|
November
|
RM 2600.00
|
RM 750.00
|
RM 1850.00
|
December
|
RM 2900.00
|
RM 980.00
|
RM 1920.00
|
Jumlah
|
RM 25050.00
|
RM 10670
|
RM 14220.00
|
6. 6. Strategi pemasaran
· Strategi pamasaran yang kami sediakan bagi mempromosikan sesuatu perniagaan iaitu pemasaran dalam rancangan perniagaan melalui pemasaran internet di blog dan laman sosial ( FACEBOOK) .
7. 7. Rancangan Satu Tahun
· Dalam rancangan satu tahun IZARA DESIGN akan menbuka BUTIK IZARA di sekitar Kuala Lumpur dan menambah koleksi seperti baju muslimah blouse,dress dan jubah. IZARA Design juga ingin mencari rakan kongsi yang berminat untuk mamajukan lagi perniagaan ini.
8. 8. Analisis SWOT
1. KEKUATAN
· - IZARA DESIGN mengimport fabrik kain tudung dari Negara luar seperti di Indonesia dan Vietnam.
· - IZARA DESIGN mempunyai koleksi fabrik tudung yang berkualiti tinggi
· - IZARA DESIGN lebih mementingkan keselesaan dan harga scarf dan shawl yang berpatutan.
2. KELEMAHAN
· - Tiada pengalaman perniagaan sendiri
· - Belum ada strategi pemasaran yang berkesan
· - Pendapatan gaji yang tidak tetap
3. PELUANG
· Perkembangan laman media sosial lebih memudahkan proses pencarian pelanggan kerana kebanyakkan pelanggan mempunyai masa yang terhad untuk membeli belah di luar.
4. ANCAMAN
· Persaingan harga yang tidak sihat.
· Perkhidmatan secara online mudah dikaji oleh pesaing seperti harga yang ditawarkan
· Laman media sosial mudah digodam.
info from :http://izarahdesign.blogspot.com